For Advertorial , Please email teloritik1@gmail.com

Saturday, August 30, 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta




Entry ini merupakan satu cetusan idea daripada entry blog Denaihati. Anda semua dijemput ke blog www.denaihati.com kerana ada suatu istimewa untuk yang rajin menulis . Serbu sekarang!!!

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Berikut di atas merupakan sebahagian lirik daripada lagu Disini lahirnya sebuah cinta nyanyian Bob Yusof dan seterusnya sebagai lagu tema Hari Kemerdekaan ke-57. Di Malaysia ini lahirnya sebuah cinta kepada negara. Cinta ini menjadikan satu penyatuan semua kaum di Malaysia. Kite menempuh cabaran dan terus berjuang demi negara kita.

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Perkataan keramat ini dilaungkan oleh semua rakyat Malaysia. Saya sebagai rakyat Malaysia juga turut melaungkannya kerana saya bangga jadi Anak Malaysia. Anda tak bangga ke? hehehe... Bangga kerana dapat hidup di negara yang dah bebas dari penjajah asing yang jahat.

Cuba bayangkan orang zaman dahulu kala yang bertarung nyawa menyelamatkan Malaysia. Kita hanya menumpang kemerdekaan . Kita patut menghargai jasa pewira-pewira negara yang sanggup bermandian darah tu. Janganlah kita menghina mereka , mencaci mereka , menfitnah mereka dan mengata mereka. Saya bangga hidup di Malaysia!!!

Negara kita telah merdeka sejak 1957. Seperti yang kita tahun, tahun itulah merupakan tahun kemenangan kepada semua rakyat Tanah melayu. Sekarang sudah 57 tahun kita merdeka dan ada yang lupa pengorbanan pemimpin ,pewira yang ingin menuntut kemerdekaan.

Mengimbau kembali bagaimana pemimpin kita menuntut kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman iaitu Bapa Kemerdekaan yang memilih cara berunding untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau sangat bijak kerana memilih untuk berunding bukannya dengan berperang. Oleh itu, kita semua tidak perlu bertarung nyawa. Saya bangga dengan TAR..

Merdeka bukanlah suatu yang mudah untuk negara kita kecapi. Sebelum TAR berunding untuk mendapatkan kemerdekaan , pewira zaman sebelum itu perlu berperang untuk menghapuskan penjajah luar di negara kita. Masihkah kita ingat pada Tok Janggut , Rentap , Antanom dan ramai lagi tokoh perjuangan kita dahulu yang bertarung nyawa untuk menghapuskan British.

Perasaan Saya menjelang Kemerdekaan ke 57 Malaysia

Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Ada bangga , gembira , sedih , terharu. Bangga dengan pejuang kita dahulu yang sanggup mati berhadapan dengan musuh. Gembira kerana negara kita sudah 57 tahun Merdeka. Yeayy! Sedih dengan pejuang kita yang telah meninggal dunia akibat serangan dari penjajah. Terharu dengan semua yang mempunyai semangat patriotik. Semangat Merdeka . Semangat cinta akan negara.

31 Ogos 1957 tarikh keramat kita semua. 57 tahun termasuk harini setiap tahun akan diadakan perbarisan , persembahan dan macam macam lagi di Stadium Merdeka. Ini menunjukkan bahawa semangat kemerdekaan masih ada di dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Setiap tahun juga kerajaan menjalankan aktiviti berkonsepkan kemerdekaan.

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia!!!
Saya Bangga Jadi Anak Malaysia!!!
Saya Bangga Jadi Anak Malaysia!!!

Sajak ini ditujukan kepada semua Rakyat Malaysia.

Berjanjilah kami demi keberanian
melalui suara-suara hijaz
putaran kemerdekaan
menyusur sungai-sungai mati
kepada insan seikat masyarakat
yang telah bebas.
Dalam sejarah kepahitanmu
terselit larian aku anak kecil
dibentuk dalam kelas-kelas rendah
hingga ke kamar dewasa
jiwa ini digantung loceng mongel
lalu direntap-rentap
terbawa-bawa.
Titisan darah ibuku
pada papan cendana pejal
masih melekat di situ
di perigi yang telah terkambus
hanyir masih terbau
tembuni dalam diam berubah fosil
atas tanah yang merdeka.
Seperti selalu
berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil
menyamai pemberian hadiah bapamu
kami menyebut MERDEKA!!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Sajak ditulis oleh NAFISA , Marang, Terengganu di blog rospj

Saya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua pejuang-pejuang negara yang bergadai nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan di negara kita. Mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada pewira negara yang telah meninggal dunia :)

Saya bersyukur kerana dapat hidup di bumi yang tercinta ini. Saya dapat nikmati kebebasan di negara ini. Pun begitu, kita tidak boleh melupakan saudara kita di Gaza. Walaupun genjatan senjata telah berlangsung, kita harus berwaspada dengan Zionis yang mempunyai sikap pengkhianat. Apa-apa saja boleh berlaku.. :) :)

Jom kita sama-sama memeriahkan hari kemerdekaan ini. Kibarkan jalur gemilang di rumah anda , di kenderaan anda dan dimana mana. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Sekian sahaja entri saya. Assalamualaikum..!

2 comments

  1. salam kemerdekaan.

    merdeka merdeka merdeka

    merdeka bukan sahaja pada fizikal, tapi pada rohani.. merdeka..

    ReplyDelete
  2. billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.

    ReplyDelete

For Advertorial , Please Contact me : Email : teloritik1@gmail.com
© Telor Itik
Maira Gall